MANGSA serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
“Kebiasaannya kita akan tunggu sehingga mangsa dapat dijumpai. Sama ada mangsa dibaham (binatang buas) atau tidak, JKM akan tetap beri bantuan kepada keluarga mangsa,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang disyaki dibaham buaya ketika keluar mencari lokan di Sungai Rayu, Jalan Selang, Rabu lalu.
Baca artikel lain: Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Minu Kin, 76.
Terdahulu, Nancy turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga emas yang dikhuatiri disambar buaya di Sungai Rayu, Matang.
Beliau tiba di jeti Kampung Sungai Rayu pada jam 9.30 pagi dan diberi taklimat berhubung SAR itu oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Latiff Iring.
Selepas taklimat itu, beliau menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyusuri sungai berkenaan untuk melihat sendiri operasi pencarian Kin.
Mangsa dikhuatiri disambar buaya ketika keluar mencari lokan di Sungai Rayu, Rabu lalu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

