PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat untuk menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.
Sebaliknya Perdana Menteri berkata perbincangan lebih menjurus kepada memastikan kestabilan kerajaan dan juga pertumbuhan ekonomi.
“Tidak ada syarat sokong PM seperti mana ditohmah oleh pembangkang. Kita beri mandat kepada Fadillah (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof) dan jawatankuasa.
“Perbincangan supaya kerajaan stabil dan kita tumpu kepada pertumbuhan ekonomi yang menjamin keamanan, kestabilan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam Fadillah dilapor berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Fadillah berkata satu draf memorandum persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

