Wanita cedera diragut, polis buru lelaki tunggang Y15

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak meragut seorang wanita sehingga menyebabkan kecederaan di Jalan Persiaran Raja Muda Musa, hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Raja Zarina dekat Klang, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang wanita tempatan berusia 20 tahun.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC.

Sampai di lokasi kejadian, suspek yang datang dari arah belakang telah menarik beg silang di badan mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikal.

“Siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha Y15 warna gelap.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di kedua-dua belah tapak tangan, lutut, bahu kiri dan telah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahmah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, beg silang yang diragut suspek mengandungi telefon bimbit jenis iPhone 14 berwarna ungu, dompet berisi dokumen peribadi dan wang tunai sebanyak RM 114.

Malah, motosikal mangsa juga mengalami kerosakan calar dan kerugian yang dialami mangsa bernilai RM 3,000.

Hoong Fong berkata, polis kini dalam usaha mengenal pasti suspek dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This