PRK KKB: PN umum calon pada 25 April – Muhyiddin

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Khamis depan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pemilihan calon itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN, esok.

“Pada mesyuarat, esok, kita akan membincangkan calon mana yang paling sesuai atas dasar boleh menang. Kita ada banyak calon tetapi apapun, mana-mana parti yang ada cadangan hendak kemukakan nama calon (lain), kita terima.

“Kita akan menilai siapa calon yang bakal dinamakan, dari segi kelayakan akademik dan pembabitan dalam badan bukan kerajaan.

“Sebaik-baiknya calon yang dikemukakan ialah calon dari kawasan Hulu Selangor dan tempatan, kerana sentimen orang tempatan perlu diambil kira,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri BERSATU, hari ini.

Baca artikel lain: Bersatu serah kepada Hamzah keluar notis pada 6 Ahli Parlimen

Pada pilihan raya negeri, tahun lalu, Lee Kee Hiong daripada DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 4,119 undi apabila mengalahkan Teoh Kien Hong (GERAKAN), Siva Prakash Ramasamy (MUDA) dan Chang Boon Lai (Parti Rakyat Malaysia).

Kerusi itu diisytiharkan kosong selepas Kee Hiong meninggal dunia pada 21 Mac lalu. Pengundian bagi PRK itu akan berlangsung pada 11 Mei depan, manakala hari penamaan calon pada 27 April.

-– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This