BERSATU menyerahkan kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengeluarkan notis berhubung status enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kepimpinan tertinggi parti sudah berbincang dan membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Kita akan ambil langkah-langkah yang sudah dipersetujui dalam tempoh seminggu ini.
“Oleh itu, kita serahkan kepada pihak Setiausaha Agung untuk melaksanakannya. Jadi, tunggu sahajalah (tindakan lanjut),” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Bersatu akan menghantar surat kepada enam Ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri untuk mengesahkan sama ada mereka kekal dengan keputusan untuk meneruskan sokongan itu.
Baca artikel lain: Sebahagian lalun Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditutup mulai Selasa
Langkah itu susulan pindaan terhadap Perkara 10 perlembagaan Bersatu yang akan melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyatnya jika menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak bertentangan dengan arahan atau pendirian parti berkuat kuasa 1 April lalu.
Ini selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 2 April lalu, meluluskan usul pindaan perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas.
Muhyiddin dilaporkan berkata, jika enam Ahli Parlimen berkenaan kekal menyokong Perdana Menteri, selaras dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti berkuat kuasa, iaitu kerusi Parlimen berkenaan akan dikosongkan.
Enam Ahli Parlimen itu adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Selain itu, Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

