Sambutan ulang tahun TLDM batal, ganti majlis tahlil dan doa selamat

Dari Penulis

SAMBUTAN Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembatalan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM.

“(Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90) dibatalkan dan digantikan dengan tahlil dan doa selamat.

“(Keputusan) ini dibuat atas perkenan Sultan Selangor. Difahamkan, baginda pun akan mencemar duli bagi majlis berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada pada sidang media di Lumut, Perak hari ini.

Baca artikel lain: Nahas helikopter TLDM: Dua Pegawai Memerintah Skuadron disahkan antara 10 terkorban

Terdahulu, Mohamed Khaled berkata, laporan interim nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut akan disediakan secepat mungkin.

Bagaimanapun, beliau tidak menetapkan sebarang had masa bagi proses penyediaan laporan berkenaan.

“Saya bagi pihak Kementerian Pertahanan secara peribadi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban ketika menjalani raptai sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

“Kementerian bersetuju menubuhkan lembaga siasatan TLDM bgi kenal pasti punca kejadian, selain saya dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ke Lumut bagi melihat dan mendapatkan maklumat serta laporan di lokasi kejadian.

“Kita mungkin adakan pertemuan dengan keluarga mangsa yang tinggal di situ, selain beberapa keluarga mangsa yang menetap di Sabah akan dibawa ke Lumut menaiki kapal terbang TUDM,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This