Warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu adakan bacaan yasin, tahlil

Dari Penulis

WARGA Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu hari ini mengadakan bacaan Yasin dan tahlil buat anggota yang terkorban dalam nahas udara di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pagi tadi.

Markas Pemerintahan Armada Timur dalam hantaran menerusi laman Facebook memaklumkan bacaan Yasin dan tahlil itu diadakan di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar, Kota Kinabalu.

Menurut hantaran itu warga Pangkalan TLDM Kota Kinabalu mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

Baca artikel lain: Henti sebar video nahas helikopter TLDM terhempas – MCMC

“Sesungguhnya pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan akan mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

“Kami mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan bersemadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran berkenaan.

TLDM hari ini mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This