Nahas helikopter TLDM: Bedah siasat selesai 2.20 petang, penghormatan terakhir ikut istiadat tentera laut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROSES bedah siasat ke atas kesemua 10 mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut semalam telah pun selesai pada pukul 2.20 petang tadi.

Markas Tentera Laut dalam kenyataan memaklumkan, prosedur bedah siasat ke atas semua wira dan wirawati TLDM itu telah dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Menurut Markas Tentera Laut, jenazah mangsa beragama Islam akan dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Ipoh untuk solat jenazah sebelum dibawa ke destinasi pengebumian di negeri masing-masing.

“Jasad Mendiang Leftenan T Sivasutan pula akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Sitiawan, Perak sebelum disemadikan esok.

“Selain itu, jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia anak Rohna akan dibawa pulang ke Serian, Sarawak untuk disemadikan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, Markas Tentera Laut memaklumkan, penghormatan terakhir buat semua wira TLDM yang terkorban itu akan dilaksanakan mengikut tradisi tentera laut di setiap lokasi pengebumian yang dipersetujui waris.

Katanya, pihak pengurusan tertinggi TLDM yang dilantik telah menghubungi waris mangsa melalui unit masing-masing tentang kejadian tersebut.

“TLDM akan terus memberi sokongan dari segi bantuan pengurusan jenazah dan sebarang keperluan daripada pihak waris sebaik mungkin,” katanya.

Baca artikel lain: Nahas helikopter TLDM: Jenazah tiga wanita selesai dibedah siasat

Jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 502, Komander Muhamad Amir Mohamad akan dikebumikan di Bukit Kepong, Johor manakala Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli dikebumikan di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Zainal Abidin pula dikebumikan di Kuala Lumpur sementara Jenazah Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohd Marzukhi dikebumikan di Senawang, Negeri Sembilan.

Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan Mohd Termizi (Kuartermaster Udara Skuadron 502) dan Pegawai Waran II Norfarahimi Saedy (Depot Bekalan Armada Barat) masing-masing dikebumikan di Sitiawan dan Selama, Perak.

Anggota wanita, Bintara Muda Nor Rahiza Anuar (Depot Bekalan Armada Barat) serta Kuartermaster Udara Skuadron 503, Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun dikebumikan di Yan serta Sik, Kedah.

Dalam insiden pada jam 9.32 pagi pada Selasa itu, dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tersesat ikut aplikasi navigasi masuk kawasan pembinaan, lima cedera kereta terjunam jatuh gaung

LIMA individu warga China dilaporkan cedera selepas kereta dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di sebuah tapak projek pembinaan...

More Articles Like This