Perkara 153 perlu didukung semua parti Melayu – Rais

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

CITA-CITA Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu didukung semua parti politik Melayu tanpa mengira perbezaan persefahaman seperti UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Perkara itu menurut Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim kerana Perkara 153 perlu diangkat sebagai ‘perjuangan penghulu’.

Rais yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara juga melihat Perkara 153 perlu dijadikan piagam untuk menyelamatkan kepentingan kaum bumiputera.

“Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan wajar diangkat sebagai ‘perjuangan penghulu’ (perjuangan utama bagi orang/parti politik bumiputera)

“Setahu saya agenda ini tidak banyak dikemukakan. Sudah sampai masanya Majlis Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 43 itu menjadikannya sebagai piagam dan menyelamatkan negara ini dengan menyelamatkan terlebih dahulu kepentingan orang Melayu, orang-orang yang berkepentingan sama, anak negeri Sabah dan Sarawak terus menerus,” katanya kepada pemberita selepas Forum 153 di Kuala Lumpur hari ini.

Baca artikel berkaitan: Zahid Hamidi cerminkan kelemahan kerajaan – Rais Yatim

Mengulas lanjut, Rais berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia menganggap Perkara 153 sebagai penghormatan terbesar kepada orang Melayu dan warganegara ulung di negara ini.

Rais berkata, walaupun Perkara 153 tidak banyak dipolemikkan, ia merupakan tunjang pertama kepada Majlis Raja-Raja dan menjadikan institusi itu menjadi semakin kukuh serta kuat.

“Integralnya Perkara 153, Majlis Raja-Raja kurang sifatnya. Sebab itu saya mengesyorkan bagi pihak rakan-rakan di Sekretariat Perundingan Melayu ini supaya satu jabatan khas diwujudkan di bawah Majlis Raja-Raja dan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Ia supaya diberi penghormatan kepada Perlembagaan Malaysia yang asasnya ialah perjuangan orang Melayu bersama pengiktirafan hak asasi di negara ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This