Dedalu merebahkan pokok, selamatkan Malaysia dari kerumunan pendatang

Dari Penulis

OLEH: TAN SRI DR. RAIS YATIM

PADA 24 Julai 1988, saya sudah mula mengingatkan pihak-pihak berkuasa bahawa unsur yang bakal merudumkan negara ialah kemasukan pendatang haram dari Bangladesh, India dan negara-negara lain.

Dijawab oleh pihak atas, tak boleh sebut pendatang haram, mesti sebut pendatang tanpa izin.

Kini kudis buta dah jadi pekong. Kita dah tak tahu bagaimana nak hidup tanpa pekerja asing.

Pendatang haram ini paling hebat dan ramai dari Bangladesh yang masuk melalui jalan tikus di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan lain-lain. Mereka semacam ada jalan atas angin.

Masa itu dianggarkan ‘manusia import’ ini berjumlah sekitar 120,000. Mereka kerja di ladang, kilang, markas-markas niaga dan pusat beli-belah.

Kini pendatang Bangladesh melebihi anggaran 1.2 juta. Sebahagian besar mereka tak ada dalam sistem Imigresen. Pasport pun tak ada.

Di Jalan Cheras ada seorang, Mohd Iqbal namanya, sudah berada di sini 28 tahun. Apa-apa kertas perjalanan pun tak ada.

Teringat saya kisah dlm Sejarah Melayu bagaimana ejen-ejen Feringgi dan Sepoi masuk negeri lantas dibiarkan saja oleh orang-orang berpangkat.

Berita yang dikepilkan ini baru mewakili sekelumit kisah sebenar. Hakikatnya berjuta dah masuk bukan melalui jalan tikus tapi melalui lebuh raya, KLIA dan pelabuhan lain. Mereka masuk khas di bawah undang-undang.

Tapi mereka tak disusul bila nak balik ke Bangladesh. Ada pemimpin besar yang mengendalikan operasi ini. Ramai yang dah berkelamin dengan wanita kita juga.

Baca artikel berkaitan: Pendatang sembunyi dalam longkang, tong ikan elak ditangkap

Ada jadam dalam senyum dan ucapan sesetengah pemimpin, ada racun kepada bangsa dan negara.

Ada ‘abang Bangladesh’ yg dah jadi Datuk Seri seraya ada mahligai besar di Kajang dan Putrajaya. Tiada pintu yang diketuknya yang tak dibuka. Setiap senyum dan salam ada ufti.

Semua orang tahu hal ini. Semua menteri tahu perkembangan ini. Saya sendiri dah muak memberi gesaan supaya bertindak. Tapi, kisahnya sedih. Tahu tapi tak ambil tahu. Kita sedang kembali kepada zaman Feringgi masuk Melaka.

Kini anak negeri tak tahu macam mana nak masak gulai sendiri. Tak tahu tanam sayur. Kedai dobi, kedai gunting rambut diambil alih termasuk pasar borong dan pasar runcit.

Mereka buat kartel. Anak negeri tengok tapi tak nampak. Tamadun kita dah hilang. Budaya gitu juga. Cuma yang nyata ialah politik memekik-memekak lantang siapa nak jadi Perdana Menteri.

Kita dah dijajah oleh kebingungan kita sendiri. Tak ada sistem latihan anak bangsa kembali berdikari. Sistem nilai kosong. Ajaran agama dah gagal. Ditel lain tak payah dihurai lagi.

Ada kawan ingatkan saya supaya jangan cakap macam ini nanti kerja sbg Speaker lenyap. Usah gertak begitu. Dalam sumpah jawatan takda syarat seseorang Yang di-Pertua Dewan tak boleh bersuara demi kebaikan negara bangsa.

Ketua-ketua bertindaklah terus sebelum terlewat. Selamatkan Malaysia dari kerumunan pendatang.

Jangan lupa Rom jatuh lantaran orang luar yang masuk menguasai Colosseum dan Senat serta masyarakat bawahan dan pertengahan.

Jangan lupa dedalu makan pokok.

Penulis ialah Yang di-Pertua Dewan Negara.

*Artikel ini dipetik daripada hantaran Facebook Tan Sri Dr. Rais Yatim adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian UtusanTV.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Satu ID untuk kuasai semuanya: MyDigital ID ‘hadiah’ atau kuda Trojan?

JIKA anda cuba memperbaharui cukai jalan minggu lalu dan dipaparkan mesej timbul “Oops! Something went wrong”, anda bukan bersendirian....

More Articles Like This