Akaun Fleksibel situasi menang-menang buat pencarum dan KWSP

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

INISIATIF Penstrukturan Semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 11 Mei depan dilihat sebagai ‘situasi menang-menang’ antara KWSP dengan pencarum.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengenalan Akaun Fleksibel ini lebih baik kerana pencarum dan KWSP masing-masing mengetahui jumlah pengeluaran yang boleh dikeluarkan.

Katanya, format itu berbeza berbanding pengeluaran wang simpanan KWSP sebelum ini yang mana ia bergantung kepada keputusan kerajaan dan menyebabkan sukar untuk KWSP merangka strategi pelaburannya.

“Langkah menambah satu lagi akaun ini wajar kerana mengambil kira senario semasa yang menyaksikan perubahan lanskap pekerjaan dan keperluan kewangan pencarum.

“Pencarum juga mahukan kepastian dan tidak mahu sentiasa tertanya-tanya bilakah ada ruang untuk mendapat inisiatif mengeluarkan duit caruman mereka.

“Begitupun, pengetahuan kewangan amat penting diterapkan di kalangan pencarum supaya mereka mampu merencana kewangan peribadi terutamanya apabila mendepani hari persaraan,” katanya kepada UtusanTV.

Baca juga: Penstrukturan akaun KWSP mulai 11 Mei, Akaun 3 dinamakan Akaun Fleksibel – boleh keluar bila-bila masa

Terdahulu, KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei depan dengan memperkenalkan Akaun 3 yang akan dinamakan sebagai Akaun Fleksibel.

Sehubungan itu, bermula 11 Mei ini, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel.

Akaun Persaraan merupakan akaun untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan manakala Akaun Sejahtera bagi menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Akaun Fleksibel pula bertindak bagi menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek dengan simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli dengan minimum pengeluaran sebanyak RM50.

KWSP dalam kenyataan memaklumkan, penstrukturan semula ini dilakukan bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup pencarum.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UtusanTV kukuhkan hubungan kerjasama media bersama MOTAC

UTUSANTV meneroka ruang kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dengan mengadakan kunjungan hormat di pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

More Articles Like This