Kontraktor dakwa 11 lelaki pau RM10,000 kerana ‘masuk kawasan’ tanpa kebenaran

Dari Penulis

SEORANG kontraktor mendakwa telah diperas ugut oleh sekumpulan lelaki ketika membuat kerja-kerja penurapan di Jalan Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur pada petang Khamis lalu.

M. Thavinraj, 29, berkata, dalam kejadian pukul 3 petang itu, beliau yang berada di Keramat telah menerima panggilan daripada pekerja yang menyatakan telah didatangi oleh dua buah kereta yang dinaiki oleh 11 orang lelaki.

Beliau berkata, lelaki terbabit telah meminta duit dan menyatakan akan membuat kacau di lokasi tersebut.

“Ketika saya dalam perjalanan ke lokasi, seorang pekerja yang dikenali sebagai Danial,23, telah menghubungi saya dan mendakwa telah dipukul.

“Sebaik sahaja tiba bersama pengawal peribadi, saya dapati mereka masing-masing memegang parang dan buluh,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Jelas Thavinraj, dia mendapati muka pekerjanya telah kemerahan akibat ditampar lelaki terbabit dengan alasan tidak mahu memberikan kerjasama.

“Saya tanya kepada mereka kenapa buat kacau di tempat kerja penurapan kami.

“Salah seorang lelaki itu menyatakan bahawa pekerja saya enggan memberi nombor telefon pemilik tender penurapan jalan di kawasan tersebut,” ujarnya.

Malah, mereka juga meminta wang sebanyak RM10,000 kerana telah masuk ke “kawasan” selain sebagai kebenaran sekiranya mahu meneruskan kerja penurapan di situ.

Katanya, dia telah bertindak mengambil gambar kenderaan yang dinaiki oleh lelaki sebelum salah seorang bertindak menolaknya.

“Saya kemudian telah melihat mereka mengambil parang di dalam but kereta sebelum mengejar saya dan pekerja.

“Kami bertindak melarikan diri kerana hampir ditetak dengan menggunakan parang sebelum dibantu oleh dua orang anggota polis yang sedang melakukan rondaan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek yang terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148/ 384 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This