DUA lelaki dilaporkan cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Salak Tinggi menghala Sepang, pagi tadi.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/5332
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 10.29 pagi.
Sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Kuala Lumpur bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Katanya, bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori 13 tan dan sebuah lori treler masing-masing membawa muatan tanah serta kereta jenis Proton Perdana, Toyota Harrier dan BMW.
“Pemeriksaan mendapati lori 13 tan telah terbabas ke bawah jejambat sebelum terbalik.
“Seorang lelaki Cina berusia 50 tahun didapati telah tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederan di bahagian kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh bomba pada pukul 11.28 pagi.
Tambahnya, seorang lelaki Melayu berusia 40-an turut cedera ringan dan telah dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.
“Kerja-kerja memastikan tiada mangsa tertimbus di bawah tanah sedang dijalankan,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

