Libatkan kesatuan mahasiswa elak insiden jemput penceramah pro-Israel berulang – KMUM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KESATUAN Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) 2023/2024 menuntut pihak Pentadbiran Tertinggi Universiti Malaya (UM) untuk melibatkan mereka sepenuhnya dalam semua program yang dianjurkan di semua peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ).

KMUM dalam kenyataan hari ini menegaskan, setiap program juga perlu mendapat kelulusan dari Presiden KMUM atau sekurang-kurangnya jawatankuasa tertinggi Kabinet KMUM.

Jelas KMUM, langkah itu bagi mengelakkan insiden menjemput ahli akademik pro-zionis ke universiti itu berulang pada masa hadapan.

Jelas KMUM, ia juga bagi memastikan perkara yang menganggu gugat sensitiviti serta mengundang kemarahan rakyat Malaysia tidak berulang lagi terutama berpunca dari platform Varsiti Tercinta.

“Selain itu, KMUM sekali lagi ingin menyatakan pendirian kami dengan menyokong sebarang agenda dalam memperjuangkan isu Palestin samada di dalam mahupun luar negara.

“KMUM juga memohon agar semua mahasiswa UM tidak memburuk-burukkan keadaan dengan menyebarkan spekulasi yang tidak benar.

“KMUM akan terus menyokong dan mendoakan semua rakyat asal Palestin agar terus tabah dan cekal dalam memperjuangkan tanah Palestin yang dicintai ini,” jelas kenyataan itu.

Baca juga: Zambry arah program penceramah warga asing didakwa pro-Israel dibatal, UM diarah beri laporan segera

Terdahulu, UM menerima kecaman kerana didakwa menjemput seorang ahli akademik Amerika Syarikat yang didakwa pro-zionis untuk memberi ceramah di universiti tersebut.

Ahli akademik itu turut menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong perjuangan Palestin sebagai menyebarkan kebencian terhadap Yahudi

Tindakan ahli akademik merupakan Profesor Politik dan Hal Ehwal Global di Universiti Portland, Amerika Syarikat itu membuat kenyataan menerusi akaun X berhubung perkara tersebut turut mendapat kecaman netizen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This