Polis buru lima suspek naik Myvi merah babit kes bunuh di Kapar

Dari Penulis

POLIS kini membuka kertas siasatan berhubung kejadian bunuh di sebuah kediaman dekat Jalan Iman Abdul Aziz 5, Taman Jaya dekat Kapar, pagi tadi.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/5389

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 11.39 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat mayat seorang lelaki India dalam keadaan terbaring di hadapan bilik tidur.

“Rakaman kamera litar tertutup mendapati empat lelaki bangsa tidak pasti telah masuk ke dalam rumah mangsa dengan bersenjatakan parang dan pistol perenjat elektrik.

“Sementara seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta Myvi berwarna merah dengan nombor pendaftaran tidak pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Motif kejadian masih dalam siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lautan biru bukti semangat kebersamaan di DUN Tiram cukup luar biasa – Ahmad Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dapat merasakan semangat kebersamaan cukup luar biasa dalam kalangan...

More Articles Like This