Peraduan Rakam & Menang
#manisanduluduluadabi
Resipi Keempat Terpilih
Like & Share video Agar-Agar Santan di Tiktok UtusanTV dari 25hb (Khamis) sehingga 29hb (Isnin). Undian Like & Share terbanyak akan dikira dari keseluruhan jumlah pada Isnin jam 12 malam untuk menentukan pemenang.
Peserta : Nazar Rafiqhi Bin Zaberi ([email protected])
Agar-Agar Santan
BAHAN
250 ml Santan Kelapa Estrak Krim UHT Adabi
1 paket agar-agar tali
1 cawan gula merah/Melaka
2 sudu besar gula putih
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur ayam gred A
1250 ml air
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan satu kotak Santan Kelapa Estrak Krim UHT Adabi dan telur ayam, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
- Masukkan 1250ml air dan 1 paket agar-agar tali ke dalam periuk. Masak sehingga larut.
- Kemudian masukkan gula merah, gula putih dan esen vanila.
- Seterusnya, masak sehingga mendidih dan campurkan bancuhan santan. Selepas 5 minit, tutup api dan biar sejuk seketika.
- Masukkan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais sekurangnya 2 jam. Potong dan siap untuk dihidang.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

