Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang – Azalina

Dari Penulis

KERAJAAN Persekutuan sedang mengkaji cadangan mewujudkan sebuah hospital di Pengerang, kata Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, cadangan itu disambut baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun dengan adanya Projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) selain merupakan destinasi pelancongan.

“Saya berbincang dengan Perdana Menteri berhubung perkara ini dan beliau memberi makluman bahawa cadangan saya ini akan dikaji dan bagaimana konsepnya nanti untuk ia (hospital) diwujudkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Pengerang, malam tadi.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, hospital terdekat dengan kawasan Pengerang ialah Hospital Kota Tinggi sejauh kira-kira 50 kilometer, sekali gus memakan masa bagi penduduk untuk mendapatkan rawatan.

Baca artikel lain: Calon PRK DUN Kuala Kubu Bharu tiba di pusat penamaan

“Kalau kita tengok projek Rapid, kita takut juga berlaku apa-apa kecemasan, memang (Rapid) ada kemampuan untuk bawa ke hospital swasta atau guna perkhidmatan helikopter, namun ia juga perlu melihat keadaan cuaca dan perlu guna jalan darat.

“Jadi saya harap, sekiranya hospital besar tidak dapat (dilaksana), sekurang-kurangnya ada satu pusat kecemasan dan kemalangan (diwujudkan) supaya kalau berlaku apa-apa, pusat berkenaan telah ada,” katanya.

Azalina sebelum ini dilapor sebagai berkata, Pengerang memerlukan sebuah hospital bagi memudahkan penduduk mendapatkan rawatan susulan hospital kerajaan sedia ada agak jauh dari kawasan itu.

— Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This