Mazda CX-30 tercabut enjin dirempuh lori kontena, pemandu cedera ringan

Dari Penulis

SEORANG pemandu kenderaan utiliti sukan cedera ringan selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kontena di Kilometer 270.8, Lebuhraya Utara Selatan, pagi tadi.

Menerusi sebuah video di media sosial, enjin pada kenderaan jenis Mazda CX-30 itu telah tercabut ke tengah jalan selain kereta mengalami kerosakan susulan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, kemalangan berlaku ketika pemandu lori dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Melaka.

Beliau berkata, pemandu lori dipercayai telah hilang kawalan lalu menghimpit sebuah kereta yang berada di sebelah kanan jalan.

“Akibat kejadian, kereta terbabit telah terbabas masuk ke lorong bertentangan lebuhraya.

“Pemeriksaan mendapati pemandu lori seorang lelaki berusia 41 tahun dan pemandu kereta seorang wnaita berusia 45 tahun mengalami cedera ringan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Farid Danial Azli di talian 012-9122198.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This