“MACAM-MACAM kes, saya pun tak pasti.” Demikian kata Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli selepas hampir sembilan jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Memetik laporan BH Online, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang itu memberi reaksi demikian selepas ditanya sama ada siasatan dilakukan terhadap dirinya menjurus kepada seksyen tertentu mengikut Akta SPRM 2009.
Ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula, Pesuruhjaya Pas Perlis itu memaklumkan ‘tidak’.
Terdahulu, Mohd Shukri dilaporkan akan dibebaskan dengna jaminan SPRM selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.
Perkara tersebut disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
“Betullah seperti itu (dibebaskan dengan jaminan SPRM).
“Bahagian Komunikasi Korporat (SPRM) akan keluarkan kenyataan rasmi nanti,” katanya.
Baca artikel lain: Saya akan terus beri kerjasama dengan SPRM – Mohd Shukri
Difahamkan, beliau pada mulanya hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000 membabitkan anak lelakinya.
Bagaimanapun, sejurus selesai proses berkenaan, Mohd Shukri sekali lagi dirakam percakapannya, kali ini membabitkan kes salah guna kuasa.
Media sebelum ini melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis itu antara enam individu yang direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Ahad lalu SPRM dilaporkan sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air, kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.
Pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

