Peraduan Rakam & Menang
#manisanduluduluadabi
Resipi Ke-10 Terpilih
LIKE & SHARE Video Serikaya Pandan di Tiktok UtusanTV dari 1 Mei (Rabu) sehingga 5 Mei (Ahad). Undian LIKE & SHARE terbanyak akan dikira dari keseluruhan jumlah pada Ahad jam 12 malam untuk menentukan pemenang.
Peserta : Nur Syah Nadyra ([email protected])
Resipi : Serikaya Pandan
Serikaya Pandan
BAHAN
250 ml Santan Kelapa Krim Adabi
1 cawan air pandan
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 biji telur
4 sudu besar tepung jagung
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- Di dalam kuali satukan Santan Kelapa Krim Adabi, air pandan dan gula. Kacau sebati sehingga gula larut.
- Masukkan susu cair, telur, sedikit pewarna hijau dan tepung jagung. Kacau rata.
- Letakkan sedikit garam, kacau sehingga adunan likat dan berkilat.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

