PAC 2024 promosi AgroPelancongan Lenggong, sasar 2,500 pengunjung sehari sempena Tahun Melawat Perak

Dari Penulis

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) mensasarkan lebih 2,500 pengunjung sehari pada Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024), di Resort Tasik Raban yang akan diadakan selama tiga hari bermula 17 Mei nanti bersempena Tahun Melawat Perak 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya, acara yang julung kali diadakan itu bertujuan sebagai merancakkan lagi industri agropelancongan khususnya di Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia untuk geopark.

“Kami mensasarkan lebih 2,500 pengunjung sehari bagi Karnival Agropelancongan Perak 2024 dan ia terbuka kepada semua secara percuma. Kami juga menjangkakan kehadiran pengunjung dari negara-negara luar termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Banyak aktiviti yang ditawarkan kepada pengunjung termasuklah Pakej ‘Explore Nature Kampungku’: Pakej ke 24 lokasi budaya dan bersejarah di tiga bandar utama Perak, Pakej ‘Sehari di Lembah Lenggong’, Suka- Suka Lake Retreat bagi mereka yang mahu merasai ketenangan hidup di kampung serta pakej potongan harga sehingga 40 peratus daripada agensi pelancongan, pusat rekreasi agro, pengusaha sukan lasak, hotel serta resort yang terkemuka,” katanya.

Galeri Aki Aji banyak berkongsi sejarah Melayu Perak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya turut menyatakan di Hulu Perak sahaja, terdapat lebih 50 tapak eko dan agropelancongan dan sebahagian daripadanya dibangunkan sendiri oleh Perak SADC.

“Kita telah bangunkan beberapa projek eko dan agropelancongan antaranya Taman Herba Gopeng, Gunung Masoorat, Denai Kabus Agro Farm, Ulu Piah Eco Farm Resort dan banyak lagi

“Maka, melalui penganjuran PAC 2024, kita mahu pengunjung didedahkan dengan, bukan sahaja tarikan yang ada di Perak, bahkan juga pakej-pakej menarik pada harga istimewa yang ditawarkan untuk semua,” katanya.

Selain berkesempatan bertemu pemain industri yang mengambil bahagian dalam pameran dan jualan berkaitan agropelancongan, pengunjung PAC 2024 turut berpeluang menikmati pelbagai program menarik yang disediakan seperti menaiki belon panas, beriadah dengan pelbagai aktiviti sukan lasak dan rekreasi seperti sukan air, flying fox, aktiviti perkhemahan dan karavan.

Seterusnya, pengunjung juga boleh membeli-belah pada harga rahmah di agro bazar dan pesta makanan, mengikuti ceramah perdana, menyaksikan perlumbaan perahu naga, bertemu artis-artis popular tanah air dan persembahan kebudayaan.

PAC 2024 akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan dijangka bakal melonjakkan industri agropelancongan yang semakin popular di kalangan pelancong yang menghargai kehijauan dan mahu menikmati percutian secara bertanggungjawab selari dengan agenda Perak Sejahtera 2030 dalam Flagship Lembah Bakul Makanan (Sekuriti Makanan) di bawah program Hab Agropelancongan selain pelan sama turut menyenaraikan ‘flagship’ Ekonomi Pengalaman.

Karnival yang didukung oleh Kerajaan Negeri Perak ini turut mendapat kerjasama Tourism Perak, Majlis Daerah Lenggong, Majlis Pelancongan Lenggong dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This