POLIS kini memburu seorang lelaki yang dipercayai menipu warga emas dengan menawarkan bantuan kerajaan tidak wujud sehingga mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang pesara berusia 78 tahun.
Beliau berkata, pengadu mendakwa telah didatangi seorang lelaki warga tempatan yang menawarkan bantuan untuk menguruskan bantuan kerajaan.
“Suspek telah mengambil pengadu di rumah dekat SS 2/6 Seapark dan membawanya ke bank dengan menaiki sebuah Lamborghini hijau namun nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.
“Suspek telah meminta pengadu mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM 25,000 sebelum wang tersebut diserahkan kepada suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, suspek telah membawa pengadu ke sebuah bank dekat Kepong lalu meninggalkan pengadu atas alasan untuk mendapatkan bantuan wang kerajaan.
Bagaimanapun, suspek telah melarikan diri.
“Suspek dikenali sebagai Lau Kah Wing,28, berbangsa Cina.
“Semakan mendapati suspek mempunyai 31 rekod jenayah lampau dan modus operandi adalah sama dari 2014 sehingga 2024,” ujarnya.
Jelasnya, semakan mendapati lima laporan dibuat terhadap suspek membabitkan kes penipuan, membabitkan kerugian RM395,000 dengan empat daripadanya sudah dituduh di mahkamah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

