PM tegur Jabatan Imigresen kesesakan pelancong di pintu masuk

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Menyifatkan teguran itu ibarat ‘kasih kepada anak’ bagi menambah baik perkhidmatan agensi berkenaan dalam menangani isu kesesakan kemasukan pelancong asing ke Malaysia, Anwar berkata pelancong tidak akan menerima sebarang alasan susulan kelewatan yang mengakibatkan mereka menunggu lebih lama dan berharap perkara tersebut dapat ditangani dengan baik.

“Bukan apa, jumlah pelancong naik mendadak, Malaysia menjadi tarikan dan beberapa bulan awal (tahun ini), mencecah peningkatan 80 peratus dan tentunya menjadi tekanan kepada agensi.

“Kadang-kadang kita tegur macam kasih kepada anak, jadi jangan ambil hati, dalam semangat hari raya ini, maaf zahir dan batin, saya harap Imigresen maafkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dokumen terima rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) dan sambutan Aidilfitri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This