SEORANG pekerja maut manakala rakannya parah selepas sebiji tayar jentolak meletup ketika mereka mengepam angin.
Kejadian berlaku di sebuah pusat servis tayar dekat Bandar Baru Sungai Buloh, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, P/ Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu selepas tular gambar dan rakaman suara membabitkan kejadian tersebut petang semalam.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 12.40 tengah hari itu, dua pekerja di pusat servis tersebut sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.
“Secara tiba-tiba, tayar tersebut meletup lalu terkena kepada kedua-dua mangsa yang berbangsa Cina.
“Akibat kejadian, mangsa berusia 19 tahun maut di tempat kejadian manakala rakan berusia 21 tahun mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, satu kertas siasatan telah dibuka berkait kejadian.
Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

