Remaja 13 tahun mengaku bersalah bakar kucing hidup-hidup

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas satu pertuduhan membakar seekor anak kucing hidup-hidup, minggu lepas.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/5447

Tertuduh membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Bagaimanapun hukuman ke atasnya ditangguhkan ke tarikh lain memandangkan kes berkenaan melibatkan pesalah juvana dan perlu menunggu laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa bersama-sama dua lagi lelaki yang masih bebas secara kejamnya menyebabkan kesakitan ke atas seekor kucing dengan membakarnya di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Hulu Langat sekitar jam 1.08 tengah hari pada 22 April 2024.

Justeru, remaja tersebut didakwa mengikut Perenggan 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaaan.

Sabit kesalahan, remaja itu boleh didenda dari RM20,000 sehingga 100,000 atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Afiqah Abd Ghaffar mencadangkan agar remaja itu dibenarkan jaminan pada kadar RM10,000 dengan alasan kes berkenaan merupakan kesalahan serius yang membabitkan penganiayaan terhadap haiwan dan kepentingan awam.

Bagaimanapun, ibu kepada remaja berkenaan merayu jumlah jaminan yang minimum kepada anak tunggalnya itu memandangkan tidak mampu membayar jumlah yang dicadangkan pendakwaan.

Selain itu, ibu tunggal yang bekerja di sebuah syarikat elektronik itu turut memberikan alasan bahawa dia merupakan penanggung tunggal remaja berkenaan serta neneknya.

Mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret Nik Siti Norazlini membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 selain menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan semula kes bagi mendengar laporan akhlak dari JKM.

Sebelum ini tular rakaman video kejadian di media sosial menunjukkan tiga lelaki sedang melepak di tapak parkir motosikal flat berkenaan.

Dua daripada mereka kemudian dilihat menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum salah seorang menyalakan api.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This