Warga emas ditipu RM3.4 juta, gara-gara terpedaya dapat faedah awal RM70,000

Dari Penulis

SEORANG warga emas kerugian RM3.4 juta selepas terpedaya pulangan skim simpanan tetap yang kononnya menawarkan kadar faedah menguntungkan, disertai sejak 2019.

Mangsa berusia 62 tahun yang juga pemilik kedai ‘hardware’, tidak syak penipuan selepas menerima faedah RM70,000 pada 2020, sekali gus menyakinkannya untuk terus menambah simpanan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, mangsa didatangi perempuan warga tempatan yang dikatakan pengurus sebuah institusi perbankan dari Kuala Lumpur pada Januari 2018, menawarkan skim simpanan tetap pada kadar faedah baik.

“Percaya dan tertarik dengan tawaran diberikan, mangsa membuat bayaran di atas enam cek antara 3 April 2019 hingga 23 Mac 2023 dengan secara serahan tangan kepada suspek di syarikat mangsa bertugas.

“Namun, pada awal Januari 2024, apabila mangsa ingin mengeluarkan faedah lain, suspek memberikan pelbagai alasan. Mangsa mula curiga dan dimaklumkan resit pembayaran diberikan suspek adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tiada simpanan tetap atas nama mangsa dan syarikatnya didaftarkan.

“Segala pembayaran dibuat mangsa kepada suspek dimasukkan ke dalam akaun individu lain,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Kumar menasihatkan orang ramai supaya lebih waspada dan tidak mudah percaya kepada sebarang tawaran diberikan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This