Perdana Menteri lawat Qatar mulai esok

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam kenyataannya pada Sabtu, Wisma Putra berkata lawatan sulung Perdana Menteri ke Negara Teluk itu adalah atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani dan bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Qatar.

“Selain diberikan sambutan rasmi oleh Emir Qatar, Perdana Menteri juga akan menghadap Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani,” katanya.

Lawatan ini juga akan melibatkan pertemuan dua hala di antara Perdana Menteri dengan Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani, Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar.

Wisma Putra berkata kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kemajuan hubungan dua hala terutamanya mengenai kerjasama ekonomi dan pendidikan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk konflik Palestin-Israel.

Baca artikel lain: PM seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurang kebergantungan buruh asing

Semasa di Doha, kementerian itu berkata Perdana Menteri akan menyertai Forum Ekonomi Qatar (QEF) Keempat 2024 dan bertemu dengan kapten-kapten industri dan para pelabur dari Qatar sebagai usaha menarik pelaburan bagi inisiatif Ekonomi MADANI .

Beliau juga akan menghadiri pertemuan dengan diaspora Malaysia di Doha, katanya.

Wisma Putra berkata Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Dari Januari hingga Mac 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Qatar meningkat 178.4% kepada RM1.43 bilion (US$303.9 juta) berbanding RM514.9 juta (US$116.7 juta) untuk tempoh yang sama pada 2023.

Pada tahun 2023, Qatar merupakan rakan dagangan kelima terbesar Malaysia, destinasi eksport keenam terbesar dan sumber import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This