POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tembok pagar sebuah masjid di Kuala Kubu Bharu (KKB), Selangor diconteng dengan perkataan menghina Islam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
“Kita membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengeluarkan perkataan, bunyi, isyarat dan sebagainya berniat hendak melukakan perasaan keagamaan seseorang.
Baca artikel lain: Polis siasat pusat hiburan dibaling bom petrol
“Siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Terdahulu, tular di laman media sosial gambar tembok sebuah masjid di KKB diconteng dan difahamkan pihak masjid berkenaan sudah mengecat semula tembok tersebut.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

