PERIKATAN Nasional (PN) menyifatkan kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) sebagai bermaruah dengan penurunan majoriti kepada 3,860 berbanding 4,119 majoriti pada tahun lepas.
Pakatan Harapan (PH) menerusi calonnya, Pang Sock Tao memperoleh 13,975 undi, sekali gus menewaskan PN yang diwakili Khairul Azhari Saut yang mendapat 10,115 undi manakala calon Bebas, Nyau Ke Xin meraih 184 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) hanya 153 undi.
Ketua Penerangan Pemuda PN, Nadzir Helmir berkata, dalam pada itu, isu petisyen pilihan raya yang akan dikemukakan jika PN kalah pada PRK kali ini akan direalisasikan.
“Kita akan kaji semula dan meneruskan untuk mengemukakan petisyen pilihan raya seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Bilik Gerakan Utama PN di Kuala Kubu Bharu, malam ini.
Terdahulu, Ketua Whip Pembangkang merangkap Setiausaha Agong PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan media pada 6 Mei 2024 berkata, PN akan mengemukakan petisyen pilihan raya jika PH memenangi PRK DUN KKB.
“Tindakan tersebut susulan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan ketika kempen PRK berlangsung,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

