TIDAK RASMI: PH popular dalam kalangan pengundi polis untuk undi awal

Dari Penulis

PENGUNDIAN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu telah ditutup pada pukul 6 petang tadi dan kerja-kerja pengiraan undi sedang berjalan.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional = PN), Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

PRK DUN Kuala Kubu Bharu membabitkan 39,362 pemilih berdaftar untuk mengundi memilih wakil rakyat baharu selepas kematian penyandang kerusi DUN terbabit, Lee Kee Hiong, 58, dari PH pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Menurut sumber tidak rasmi, untuk undi awal, calon PH yang mewakili kerajaan memerintah agak dalam kalangan pengundi polis di Kuala Kubu Bharu, apabila mendapat 249 undi polis, manakala calon PN memperoleh 47 undi dari kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, undi dalam kalangan pengundi tentera agak seimbang dengan PH memperoleh 84 undi dan PN 71 undi.

Secara keseluruhan, 592 pengundi awal dikatakan telah mengundi PH, 156 untuk PN dan masing-masing seorang untuk PRM dan calon bebas.

Keputusan rasmi PRK ini dijangka diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya seawal 9 malam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ dilancar suku keempat, pelaksanaan terus rancak

PELAKSANAAN Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berjalan mengikut landasan, dengan Pelan Induk inisiatif itu dijadual dilancarkan secara strategik pada...

More Articles Like This