Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu khidmat haji, termasuk badal dan korban

Dari Penulis

PIHAK Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan ikla palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu tersebut bertujuan memperdaya dan menipu masyarakat tentang perkhidmatan yang diberikan menerusi individu atau agensi yang tidak diketahui.

Antara perkhidmatan yang dijanjikan menerusi iklan berkenaan adalah seperti perkhidmatan menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan (haji badal) dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.

“Kami juga ingin menjelaskan ‘The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi’ (Adahi) merupakan pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi , Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji,” katanya.

Pihaknya juga berkata sebarang urusan mengenai perkara tersebut boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan-cawangan yang bertauliah.

“Penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang”, katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This