Dr Nungsari dilantik Pengerusi baharu MAHB

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pelantikan Dr Nungsari Ahmad Radhi sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu syarikat itu berkuat kuasa hari ini.

MAHB dalam kenyataan memaklumkan, Nungsari membawa bersama banyak pengalaman dalam industri penerbangan.

Sebelum ini, MAHB memberitahu, Nungsari pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) apabila suruhanjaya itu ditubuhkan dan seterusnya sebagai Pengerusi Eksekutif dari Julai 2018 hingga April 2020.

“Beliau juga adalah seorang ahli ekonomi yang ketika ini merupakan Ahli Bebas Bukan Eksekutif dalam Lembaga Bank Negara Malaysia (BNM).

Dr Nungsari Ahmad Radhi GAMBAR: BERNAMA

“Selain itu, Nungsari juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri dan ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

“Beliau adalah pemegang amanah Institut Penyelidikan Khazanah dan Yayasan Rahimah Yusof, sebuah yayasan amal swasta, serta ahli lembaga Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, MAHB memberitahu Nungsari juga pernah memegang jawatan eksekutif dalam pelbagai syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) termasuk Khazanah Nasional Berhad (Khazanah); Prokhas Sdn Bhd; Pengurusan Danaharta Nasional Bhd; DanaInfra Nasional Bhd dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad.

Baca artikel lain: MKN, PDRM dan MAHB bincang langkah perketat langkah keselamatan di lapangan terbang – Anthony Loke

“Beliau turut berada sebagai lembaga pengarah di pelbagai entiti berkanun dan korporat termasuk Majlis Produktiviti Negara; Majlis Amanah Rakyat (Mara), Bank Pertanian Malaysia Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd,” katanya.

Dengan pelantikan Nungsari itu, Pengerusi sebelum ini, Tan Sri Zainun Ali akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah MAHB.

“Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada Zainun atas tanggungjawabnya sebagai Pengerusi kumpulan.

“Semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi, Tan Sri Zainun sangat teliti dalam memastikan standard tertinggi tadbir urus korporat dan integriti kekal dipertahankan di seluruh kumpulan, dan memainkan peranan penting dalam perbincangan mengenai Perjanjian Operasi baharu MAHB dengan Kerajaan.

“Kumpulan dan Lembaga Pengarah ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Zainun di atas sumbangan yang tidak ternilai sepanjang beliau menjadi Pengerusi dan mengalu-alukan dengan sepenuh hati kehadiran Dr Nungsari sebagai Pengerusi baharu kumpulan ini,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This