Operasi KLIA Terminal 1 kembali stabil selepas gangguan sistem bagasi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kembali stabil selepas gangguan sementara Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) yang berlaku petang semalam.

Menurut CAAM, sistem berkenaan kini telah dipulihkan sepenuhnya, sekali gus memastikan operasi lapangan terbang termasuk proses daftar masuk dan pelepasan penerbangan kembali berjalan seperti biasa.

CAAM memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan pemantauan rapi sepanjang proses pemulihan dan terus bekerjasama dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta syarikat penerbangan bagi memastikan kestabilan operasi dicapai sepenuhnya.

“MAHB bertanggungjawab mematuhi standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang ditetapkan, termasuk pengendalian bagasi penumpang secara cekap dan tepat pada masanya,” menurut kenyataan itu.

CAAM menegaskan, pihaknya akan terus menguatkuasakan pematuhan terhadap keperluan berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan pengawalseliaan serta penguatkuasaan sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

Jelas CAAM, MAHB turut diarahkan melaksanakan langkah pembetulan dan pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.

CAAM menegaskan komitmennya untuk terus memastikan tahap keselamatan, kualiti perkhidmatan dan kecekapan tertinggi dalam sektor penerbangan negara, di samping memastikan semua entiti di bawah seliaannya mematuhi piawaian yang ditetapkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This