PAC akan panggil semula saksi, bekas Pengarah Bebas MAHB

Dari Penulis

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula beberapa saksi termasuk bekas pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu penyusunan semula syarikat itu.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap hansard prosiding terdahulu mendapati masih terdapat beberapa persoalan belum terjawab.

“PAC telah mengadakan 16 mesyuarat prosiding setakat ini dan akan diteruskan dengan memanggil beberapa lagi saksi yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati turut menegaskan bahawa kenyataan Naib Pengerusi PAC Teresa Kok dan Ahli PAC Sim Tze Tzin semalam adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi jawatankuasa.

Semalam, Kok dan Sim dilapor berkata prosiding mengenai isu itu semalam berjalan lancar dengan kerjasama baik diberikan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Baca artikel lain: PAC panggil Menteri Kewangan II beri keterangan isu penjualan saham MAHB esok

Sim juga dipetik berkata kebanyakan ahli PAC gembira serta berpuas hati melalui prosiding itu selain berpandangan tiada apa yang perlu disiasat memandangkan tiada isu tatakelola.

Selain itu, Mas Ermieyati mengingatkan bahawa segala dapatan, perbincangan dan dokumen yang dikemukakan dalam prosiding tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan tidak seharusnya didedahkan kepada media oleh mana-mana pihak.

“PAC menghargai kerjasama baik yang telah diberikan oleh semua saksi yang dipanggil dalam prosiding berhubung isu Pengurusan Lapangan Terbang Awam, namun masih belum memuktamadkan sebarang rumusan atau syor berhubung prosiding berkenaan,” katanya.

Beliau berkata laporan lengkap akan disediakan selepas semua prosiding selesai, sebelum dikemukakan kepada kerajaan dan dibentangkan di Dewan Rakyat.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This