Dahlia Rizal tak sokong produk Israel, hanya bertindak sebagai model

Dari Penulis

SELEBRITI media sosial, Dahlia Rizal menjelaskan tidak terbabit dengan sebarang kontrak berhubung jenama yang mempromosikan produk berkaitan dengan Israel.

Menurut Dahlia atau Nur Dahlia Ahmad Rizal, 23, yang juga isteri kepada pelakon Imran Aqil berkata kehadiranya dalam jenama kosmetik antarabangsa tersebut adalah sebagai model dan ‘talent’ sahaja.

Namun begitu, dia akur dengan kekeliruan dan kesilapan yang berlaku berhubung gerakan #Blockout2024 ini.

“Dahlia sedar dengan isu yang berbangkit di laman sosial baru-baru ini dan ingin memohon maaf atas segala kekeliruan dan kesilapan yang terjadi.

“Dahlia tidak ada sebarang kontrak dengan jenama kosmetik terbabit seperti yang didakwa. Penglibatan Dahlia dengan jenama kosmetik tersebut telah dipersetujui sebelum bulan Oktober 2023 iaitu sebelum konflik di Gaza.

“Penglibatan Dahlia hanyalah sebagai model atau talent bagi sesi fotografi mereka. Seperti yang diketahui umum, Dahlia langsung tidak pernah membuat sebarang hantaran mengenai sesi fotografi berkenaan, apatah lagi mempromosikan jenama terbabit kerana penglibatan Dahlia hanyalah sebagai model atau talent. Segala hantaran hanya dibuat oleh pihak jenama tersebut,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya itu.

Dalam masa yang sama, dia dengan rendah diri memohon maaf sekiranya tindakannya kurang sensitif dan berjanji akan cuba memperbaiki diri dalam urusan kerjaya serta hantaran di media sosial.

Disamping itu, menegaskan akan terus menyokong keadilan perjuangan rakyat Palestin serta menyebarkan kesedaran berkenaan konflik peperangan ini.

“Dahlia ingin memohon maaf juga seandainya bertindak kurang sensitif dalam membuat hantaran atau dalam membeli produk dari luar negara.

“Jujur ia kesilapan saya. Saya akan cuba yang terbaik dalam memilih tawaran kerja dan berhati-hati dalam setiap hantaran yang dibuat. Sekali lagi dengan rendah diri saya minta maaf.

“Insya-Allah, Dahlia akan lebih peka di masa akan datang dan berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang.

“Saya akan sentiasa menyokong keadilan buat rakyat Palestin dan terus menyebarkan kesedaran terhadap isu ini kepada pengikut setia saya,” jelasnya.

Gerakan #Blockout2024 adalah kempen yang menyasarkan golongan selebriti yang berdiam diri atau mempromosikan produk berkaitan dengan Israel, melalui gerakan boikot untuk menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Difahamkan, gerakan ini dilancarkan selepas berakhirnya acara pertunjukan fesyen tahunan Met Gala di New York City pada 6 Mei lalu, tarikh yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.

Walaupun begitu, bukan hanya Dahlia yang terlibat dalam gerakan boikot ini, tetapi juga ramai selebriti tempatan lainnya, termasuk Nadhir Nasar, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Mira Filzah, Meerqeen, dan ramai lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This