Spageti Marinara

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Ramai di antara kita lebih gemar menikmati hidangan itali di restoran. Sebenarnya bukanlah susah sangat nak menyediakan hidangan spageti atau fetucini. Kalau masak sendirikan lebih sedap dan yang lebih penting ia lebih menjimatkan. Jom kita cuba resipi yang disediakan oleh Chef azli Razali ini, mudah dan sedap katanya.

Spageti Marinara

BAHAN-BAHAN
300 gm spageti – rebus
70 gm udang harimau – buang kulit
60 gm sotong – potong kecil
6 keping kepah separuh cengkerang
3 ulas bawang putih – cincang halus
1/2 ulas bawang merah – cincang halus
1 sudu kecil thyme kering
1 sudu kecil oregano kering
1 tin tomato puri
1 cawan air
4 biji tomato merah – dadu kasar
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa – kisar

CARA PENYEDIAAN

  1. Tomato direbus dan dibuang kulitnya. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah sehingga layu kemudian masukkan thyme dan oregano. Kacau sebentar.
  3. Kemudian masukkan semua sotong dan udang.
  4. Selepas itu, masukkan pula kepah dan tumis lagi makanan laut sehingga masak.
  5. Masukkan buah tomato, tomato puri dan air dan kacau sehingga pekat. Perisakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
  6. Tuang kuah marinara atas spageti dan sedia untuk hidangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This