DUA pegawai kanan badan berkanun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.
Kedua-dua suspek yang berusia 50 tahun itu didakwa menyalahgunakan dana itu dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan di dalam permohonan.
Suspek direman empat hari bermula 15 Mei selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM, lapor Astro Awani.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap dua suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

