Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan

Dari Penulis

KEDIAMAN Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang, Kuantan menjadi tumpuan orang ramai termasuk kenalan serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir menyantuni keluarga Allahyarham.

Pekarangan kediaman Muhamad Syafiq mula menjadi tumpuan sejak awal pagi tadi berikutan jenazah Allahyarham dari Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dijangka dibawa pulang ke rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8 Gambang petang ini.

Ibu bapa Allahyarham, Ahmad Said Md Piah, 65, dan Aini Mohd Shariff, 57 kelihatan tenang menerima tetamu dan sesekali dilihat menyeka air mata kerana terkesan dengan pemergian anak ketujuh daripada lapan beradik itu.

Sementara itu, Pegawai Khas Menteri Besar Pahang (Hal Ehwal Islam), Yunan Abdul Samad yang mewakili Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut hadir menyerahkan sumbangan RM8,000 kepada Ahmad Said.

Baca artikel lain: Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu termasuk warga Singapura direman 7 hari

Yunan ketika ditemui berkata Wan Rosdy merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan atas kehilangan insan tersayang.

Dalam kejadian pada 2.45 pagi semalam, Muhamad Syafiq dan rakannya Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22 maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang manakala seorang lagi anggota Koperal Mohd Hasif Roslan cedera ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor.

Polis mengesahkan suspek lelaki berusia 21 tahun ditembak mati dalam kejadian berkenaan.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This