Surat arahan Bersatu: Syed Abu Hussin tegaskan tak akan jawab

Dari Penulis

“SAYA dah terima surat berkenaan, tiada apa-apa makna dan saya tak akan jawab.”

Itu kata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berhubung surat arahan yang dikeluarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Surat itu dihantar Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada enam ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberi tempoh 14 hari untuk menjawabnya.

Menurut Syed Abu Hussin, beliau telah merujuk surat berkenaan kepada peguam dan bekas hakim dengan memaklumkan ada kesalahan kerana sengaja membuat gangguan serta menghasut rakyat.

Beliau turut menjangkakan enam ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak menyokong kerajaan itu bersedia mengambil tindakan jika perlu.

“Saya nak tunggu apa tindakan mereka (selepas 14 hari) dan jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) pun saya saya akan turun bertanding.

“Apa yang saya buat adalah mahu menunjukkan tindakan mereka itu tak betul, merosakkan fikiran rakyat dan mengganggu Ahli Parlimen menjalankan tugas,” katanya seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Baca artikel lain: Ahli Parlimen Labuan dakwa belum terima surat dari Bersatu

Ditanya mengenai parti yang akan dia wakili jika berlaku sebarang PRK di kawasan itu kelak, beliau belum bersedia mengumumkannya.

Semalam, enam ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri diminta memberi respons dalam tempoh 14 hari ke atas arahan surat bertulis yang dihantar oleh Hamzah.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, kegagalan Ahli-Ahli Parlimen mengakui menerima dan mengesahkan pematuhan arahan dalam tempoh 14 hari dari tarikh arahan tersebut iaitu hari ini akan menyebabkan keahlian mereka terhenti dengan serta-merta mengikut Fasa 10.4 Perlembagaan Bersatu.

Pada 2 April lalu, media melaporkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Selain Syed Abu Hussin, lima lagi ahli Parlimen itu adalah Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This