Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik

Dari Penulis

MALAYSIA dan Uzbekistan boleh menjalinkan perkongsian strategik khas dalam bidang baharu, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.

“Kerjasama bukan sahaja dalam hubungan baik pembangunan halal, pensijilan halal dan industri halal, malah kita boleh bekerjasama dalam budaya dan seni ke tahap yang diselaraskan oleh menteri kanan (dari kedua-dua negara),” katanya dalam ucapannya di Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysian di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand, pada Sabtu.

Kira-kira 200 syarikat dari kedua-dua negara menyertai forum perniagaan itu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.

Baca artikel lain: Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita palsu

Anwar berkata, Malaysia dan Uzbekistan juga boleh memberi tumpuan kepada pendidikan dan bidang baharu dalam digital, terutamanya kecerdasan buatan (AI).

“Keupayaan masa depan kita bergantung bagaimana kita membina kekuatan (bersama). Kita harus sentiasa berusaha untuk melengkapi di antara satu sama lain,” katanya.

Anwar kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari setelah tiba di Tashkent pada Jumaat.

Antara anggota delegasi Malaysia dalam lawatan ke Uzbekistan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This