Seorang anggota MALBATT 850-11 meninggal dunia di Lubnan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG pegawai dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) dilaporkan meninggal pagi semalam di Lubnan ketika menjalani misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) memberitahu, Sarjan Faridah Abd Rahman iaitu seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) disahkan meninggal dunia semalam pada pukul 7.25 pagi waktu Malaysia.

Katanya, Allahyarhamah bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, Lubnan dan disahkan meninggal dunia apabila beliau rebah setelah turun dari bas.

Jelas MK ATM, Allahyarhamah pada ketika itu baru pulang ke Lubnan setelah selesai bercuti di Malaysia.

“Jenazah Allahyarhamah akan dihantar Ke Hospital Hammoud, Saida untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Proses bedah siasat tersebut akan dilaksanakan pada 19 Mei 2024 (Ahad) jam 10.30 pagi waktu Lubnan atau jam 3.30 petang waktu Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Lelaki ditahan cuba rampas mesingan di Balai Polis Dato’ Keramat

Markas Angkatan Bersama (MK AB) akan menguruskan proses penghantaran pulang jenazah ke tanah air dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan selanjutnya.

Allahyarhamah berusia 39 tahun berasal dari Pendang, Kedah dan mula memasuki perkhidmatan ATM dengan menyertai Tentera Darat semenjak 2007 dan ditugaskan di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Allahyarhamah sebelum ini bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Di Raja (MEKANIZE), Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah sebelum diatur gerak menyertai Misi MALBATT 850-11 UNIFIL.

Allahyarhamah telah mendirikan rumah tangga serta mempunyai 4 orang anak iaitu tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara 4 hingga 10 tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This