SEMUA pihak dinasihatkan tidak mengambil pendekatan yang ekstrem kepada mana-mana pihak dalam menunjukkan sikap mereka terhadap mangsa keganasan Zionis Israel.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, masyarakat perlu mengutamakan kebenaran, ilmu dan akhlak ketika memberikan solidariti kepada rakyat Palestin.
“Apatah lagi jika ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya.
“Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam adalah perlu dielakkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Untuk rekod, serangan kejam Israel terhadap rakyat Palestin telah membangkitkan kemarahan umat dunia termasuk rakyat Malaysia.
Antara yang dilakukan sebagai tanda menyokong rakyat Palestin adalah menggerakkan kempen boikot syarikat dan barangan yang dipercayai mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Israel.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

