Polis masih siasat motif 2 lelaki ceroboh Istana Negara

Dari Penulis

PIHAK polis masih menyiasat motif dua lelaki cuba menceroboh Istana Negara, semalam yang mana sebilah parang ditemui dalam kereta dinaik mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa seperti dilapor Berita Harian berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif suspek bertindak sedemikian.

Media semalam melaporkan polis menahan dua lelaki yang cuba menceroboh Istana Negara di Jalan Sultan Abdul Halim dan merampas sebilah parang.

Baca artikel lain: Perang Gaza: Afrika Selatan kuatkan seruan global untuk tindakan undang-undang

Rusdi berkata, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, anggota polis bertugas menahan sebuah kereta Perodua Kembara yang cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara atas tujuan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This