KESEDARAN dalam kalangan masyarakat perlu sekiranya mahu menjadikan inisiatif menderma darah sebagai satu tanggungjawab dan budaya hidup.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat saban hari dan ianya tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada seluruh anggota masyarakat.
“Pagi tadi, berkesempatan untuk berkunjung ke Program Derma Darah Pertubuhan Penduduk Kepala Gajah, yang dianjurkan di Pusat Kitar Semula Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat.
“Ramai penduduk sekitar yang hadir menderma darah dan memberikan sokongan kepada usaha murni ini.
Darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan.
“Rawatan yang melibatkan pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah.
Baca artikel lain: Solidariti Palestin: Jangan ambil pendekatan ekstrem, kata Menteri Agama
“Segala usaha dan matlamat untuk membekalkan darah yang secukupnya untuk kegunaan pesakit tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada seluruh anggota masyarakat,” katanya di Facebook, hari ini.
Beliau turut berterima kasih kepada penganjur dan pengelola program yang terpuji ini khasnya Pertubuhan Penduduk Kepala Gajah.
Pada masa sama, Fadhlina memuji inisiatif penduduk untuk melaksanakan bukan hanya ‘recycle’ tetapi juga ‘upcycle’ di Pusat Kitar Semula.
“Bahan-bahan terbuang atau terpakai yang masih berkondisi baik akan diolah menjadi suatu produk baharu khasnya kraf tangan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

