Hapuskan birokrasi di KPM, tegas Puad Zarkashi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) digesa untuk menghapuskan kerenah birokrasi yang didakwa membantutkan reformasi pendidikan dalam negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan masih banyak sekolah daif yang perlu dibantu dalam negara.

Sebagai contoh, jelas bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu, apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 19 buah sekolah daif di negeri tersebut baru-baru ini.

“Semasa penggulungan hari terakhir sidang Dewan Negeri Johor,  Menteri Besar Johor mendedahkan terdapat 19 buah sekolah daif di Johor.

“14 darinya sudah lulus peruntukan untuk naik taraf pada  2021. Tetapi tidak dilaksanakan hingga ke hari ini. 

“Tiada penjelasan terbuka dari KPM. Menteri senyap. Inikah budaya kerja Kementerian Pelajaran Malaysia?,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, KPM pernah memulangkan wang peruntukan RM800 juta kerana tidak dibelanjakan. 

Ironinya, kata Mohd Puad, alasan tiada peruntukan seri diberi apabila sekolah pedalaman melakukan permohonan bajet.

“Semak balik delivery system sedia ada. Elok serah sahaja peruntukan itu kepada Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan. Hapuskan birokrasi di KPM,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tentera Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama hadapi ancaman baharu

SERAMAI 719 anggota keselamatan dan agensi berkaitan dari Malaysia serta Indonesia menyertai Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa...

More Articles Like This