Ahli farmasi maut selepas Yaris bertembung lori dipandu lelaki positif dadah

Dari Penulis

SEORANG ahli farmasi maut selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam dekat Sungai Petani, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu Toyota Yaris iaitu Siti Aisyah Idris, 23, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kemalangan maut itu pada pukul 9.30 malam.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa memandu dari arah Sungai Petani ke Kulim manakala lori yang dipandu seorang lelaki berbangsa India datang dari arah bertentangan.

“Sampai di lokasi kejadian, pemandu lori telah mengelak sebuah motosikal sebelum terbabas dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Yaris,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan, penumpang Yaris iaitu seorang wanita berusia 23 tahun yang bekerja di kantin sekolah mengalami cedera parah di badan serta kaki dan berada di zon merah hospital.

Sementara pemandu lori berusia 31 tahun telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu lori yang memasuki laluan bertentangan.

“Pemeriksaan air kencing terhadap pemandu lori yang dilakukan pada pukul 1.45 pagi tadi mendapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan morfin,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksye 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This