Gelar UiTM ‘Akademi Apartheid’, Pemuda UMNO gesa penulis MalaysiaKini mohon maaf

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO mendesak portal MalaysiaKini menurunkan artikel yang menggelar Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah ‘Akademi Apartheid’.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam kenyataan juga menggesa penulis artikel berkenaan Andrew Sia memohon maaf dengan segera di atas keceluparan beliau.

Beliau pada masa sama menegaskan, Pemuda UMNO akan digerakkan di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap MalaysiaKini dan juga Sia.

“Penulis ini dengan mudah dan sewenang-wenangnya menuduh institusi pengajian keramat bangsa Melayu, UiTM sebagai sebuah ‘Akademi Apartheid’.

“UiTM digambarkan sebagai sebuah legasi sifat perkauman Melayu yang benci dan zalim kepada kaum lain. Begitulah legasi warisan benteng terakhir bangsa kita dihina pada zaman kini.

“Kita sedia maklum, Apartheid ini merupakan suatu dasar segregasi kaum yang begitu zalim…Apabila tuduhan keji seperti ini dilemparkan kepada institusi pendidikan kami, apakah tidak boleh hati kami terbakar?,” soalnya hari ini.

Baca artikel lain: Kenyataan Ketua Polis Selangor salah, Azmin fail permohonan semak notis – Peguam

Katanya, untuk memperbetulkan kefahaman ramai, UiTM dibina bagi melonjakkan taraf pendidikan serta penguasaan bidang oleh orang Melayu dan Bumiputera.

Jelasnya, ia dibangunkan bukan untuk menindas kaum lain tetapi membela Bumiputera yang ketinggalan di dalam negara sendiri dan inilah semangat di belakang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adakah UiTM simbol penindasan kepada kaum lain? Sudah tentu tidak. Kerajaan Malaysia yang majoritinya orang Melayu ini tetap sahaja membenarkan pendidikan ‘tanah asal’ seperti di SJK(C) dan di SJK(T).

“Siapa yang sejak awal membelah perpaduan melalui pendidikan ini? Itupun kita terima dengan berlapang dada sebab kita tahu kepentingan membela hak budaya.

“UiTM inilah sahaja medan pendidikan Bumiputera yang ada. IPT lain semua terbuka buat semua kaum. Inilah sahaja tempat Bumiputera untuk mengubah destini mereka,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This