Manipulasi keadaan boleh naikkan harga barangan

Dari Penulis

TINDAKAN memanipulasi keadaan tertentu termasuk pengumuman kerajaan mengenai subsidi bersasar menyebabkan harga barangan meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal berkata, penyasaran subsidi diesel tidak memberikan kesan terus kepada kos operasi barangan.

Menurutnya, penyasaran itu bertujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan yang selama ini dibazirkan akibat ketirisan dan bukan penarikan balik subsidi.

“Kalau saya ambil contoh subsidi minyak diesel kepada kapal-kapal nelayan yang besar. Sebenarnya dalam kiraan yang saya buat, ada kapal jenis C mendapat subsidi tetapi kapal jenis C2 tak dapat subsidi tetapi harga ikan sama sahaja.

“Maknanya ia (penyasaran subsidi) tak ada kesan terus kepada kos. Ini kadang-kadang manipulasi menyebabkan kos meningkat dengan alasan kata subsidi ditarik, tetapi sebenarnya tidak,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau Pasar Pagi Taman Kaya, hari ini.

Syed Abu Hussin pada masa sama menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan berharap subsidi bersasar yang dilaksanakan kerajaan akan berjaya mengurangkan ketirisan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This