Budaya mengkafirkan orang bawa kemusnahan dahsyat – Saifuddin Nasution

Dari Penulis

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan semua pihak agar tidak mengamalkan budaya ‘mengkafirkan’ orang lain secara melulu.

Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, selain salah dari segi agama, budaya itu juga boleh membawa kehancuran dalam masyarakat.

“Perbuatan mengkafirkan orang ini membawa kemusnahan yang dahsyat, dari segi agama pun tak betul, kita tidak boleh menkafirkan orang sewenang wenangnya, daripada segi hukum dan undang-undang pun juga begitu. 

“Amalan yang membawa kepercayaan iman kita sendiri sahaja yang sempurna, orang lain rosak imannya, orang lain kafir tidak boleh dibenarkan sebab ia akan membawa kepada kemungkinan-kemungkinan lain yang lebih dahsyat. 

“Tak boleh ada perbuatan mengkafirkan sesama Muslim ini iaitu membawa dia tak campur orang, tak percaya orang itu bahaya,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Mengulas lanjut mengenai kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor Baharu, Saifuddin memaklumkan selepas berakhir tempoh tahanan reman suspek berhubung insiden tersebut, pihak Polis akan mencadangkan atau melaksanakan apakah undang-undang yang membolehkan suspek ditahan untuk dilanjutkan siasatan.

Untuk rekod, dalam kejadian pada jam 2.45 pagi 17 Mei 2024 itu, dua anggota Balai Polis Ulu Tiram, Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut manakala seorang lagi anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, parah selepas ditetak dan ditembak suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This