Jenazah Sarjan Faridah diberi penghormatan terakhir di Lubnan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENAZAH Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11), Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman yang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, Sabtu lalu diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi ketenteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri, Lubnan, semalam.

Dalam hantaran Facebook MyJointForce, majlis penghormatan terakhir itu telah dilaksanakan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Menurut hantaran tersebut, suasana hiba menyelubungi majlis berkenaan tatkala jenazah diturunkan daripada van jenazah dan diusung masuk.

Katanya, keranda jenazah Allahyarham Faridah kemudiannya diberikan tabik hormat oleh tetamu kenamaan ketika diusung dan diletakkan di tengah-tengah medan.

Majlis tersebut telah dihadiri Komander UNIFIL, Leftenan Jeneral Aroldo Lazaro; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yaacob; Panglima 5 Briged Angkatan Tentera Lubnan (LAF) South Litani Sector, Brigedier Jeneral Ahmad Saadeh; Komander Sektor Barat, Brigedier Jeneral Enrico Fontana dan Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni.

“Upacara dimulakan dengan pengurniaan pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pingat Keberanian Tentera Lubnan (Gangsa).

“Aroldo meletakkan pingat PBB sebagai pengiktirafan di atas pengorbanan Allahyarham sepanjang berkhidmat di bawah panji-panji PBB dan disusuli Ahmad Saadeh meletakkan pingat Lubnan sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaan Lubnan.

Baca artikel lain: Sarjan Faridah meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazah dijangka tiba malam esok

“Upacara diteruskan dengan meletakkan kalungan bunga yang dimulakan Aroldo diikuti Azri sehingga diakhiri oleh Burhan.

Komander UNIFIL, Leftenan Jeneral Aroldo Lazaro meletakkan pingat PBB di atas keranda sebagai pengiktirafan di atas pengorbanan Allahyarham sepanjang berkhidmat di bawah panji-panji PBB. GAMBAR: Facebook MyJointForce

“Suasana di medan bertukar hening dan pilu seketika semasa tiupan last post sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sarjan Faridah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Semalam, Allahyarham Sarjan Faridah disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan memaklumkan, ia berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Hammoud, Lubnan, Isnin lalu.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang menggunakan pesawat komersial pada pukul 12.05 tengah hari atau 5.05 petang semalam waktu Malaysia dan dijangka tiba di tanah air pada pukul 9.50 malam ini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Anwar, mukim Tualang, Pokok Sena, Kedah.

Allahyarham Faridah meninggalkan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13, Muhammad Afnan, 10, Nurul Jannah, 7, dan Ainul Mardiah, 4.

Sarjan Faridah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam Malbatt 850-11 di Kem Marakah, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11 apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba ke Lubnan selepas selesai bercuti selama sebulan di Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This